Monday, 25 May 2015

Laman Sosial & Selfie

Penggunaan laman-laman sosial kini sangat berleluasa sehingga tidak boleh dikawal lagi. Ia bagaikan perkara yang paling wajib sekali sehingga ada yang mengabaikan perkara yang benar-benar wajib. Ada yang kata, pengguna aktif laman-laman sosial ini lebih yakin dihadapan umum. Betul?

Saya minta kepada sahabat-sahabat supaya kurangkan penggunaan laman-laman sosial lebih-lebih lagi kalau sahabat-sahabat ini banyak post atau share sesuatu. Dari dulu lagi saya cuba elakkan dari membuat laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, apatah lagi membuat post-post untuk tayangan umum. Apa yang saya risaukan adalah sikap riak dan takbur jikalau saya berbuat demikian. 

Kalau sahabat-sahabat tertanya mengapa saya kaitkan sikap riak dan takbur, sila ambil sedikit masa, lihat laman sosial anda dan post-post rakan anda. Rasanya ada atau tidak diantara mereka yang memuatnaik gambar jam tangan mereka, baju yang baru dibeli, makanan, kasut, laptop, dan sebagainya. Hal-hal yang remeh inilah yang menimbulkan rasa riak secara tidak langsung. Tidak terkecuali juga yang menayang bentuk badan sama ada lelaki mahupun perempuan.

Lagi-lagi yang so-called "budak hot". Sangat jelas sekali mereka ini memang riak. Sehingga ada diantara mereka yang mempunyai 4000 lebih rakan alam maya tetapi tidak kenal mereka sama sekali. Rakan-rakan saya dari Belgium dan Amerika Syarikat juga pernah menyatakan bahawa rata-rata pengguna laman sosial hanya inginkan perhatian dan populariti semata-mata. Menjadi 'kawan baru' bukanlah alasan yang tepat untuk memutarkan keadaan. 

Bagaimana pula dengan 'selfie'? Berdasarkan Daily Mail, mereka yang banyak ber'selfie' ini lebih bongkak dan psiko. Sangat menjengkelkan apabila seseorang itu mengambil 'selfie' dikhalayak umum sehingga lupa menjaga maruah diri. Malah, ia dianggap sebagai rutin harian jauh lebih penting dari ibadat-ibadat wajib bagi sesetengah orang sehingga mereka khusyuk mengambil 'selfie' dan tidak pula mereka khusyuk dalam ibadat-ibadat mereka. 

Untuk pengetahuan anda, definisi sebenar selfie ini ialah gambar perseorangan yang diambil sendiri. Sangat memalukan apabila ramai yang menganggap 'selfie' ini lebih daripada itu. Sumber: (http://dictionary.reference.com)

Berkenaan laman sosial, bukanlah saya tidak suka sama sekali. Tetapi penyalahgunaan laman-laman sosial inilah yang menjadi masalahnya. Ada baiknya jika menjalankan perniagaan disitu atau berdakwah atau sekadar berbual dengan sahabat dan keluarga. 

Bagi saya, laman-laman sosial yang kurang impak negatifnya adalah Whatsapp dan Skype. Kedua-dua laman sosial ini kebiasaannya digunakan untuk berbual sahaja.

Moga-moga boleh dijadikan iktibar dan nasihat yang berguna. 

Sekian,
Assalamualaikum, WBT.



Selamat Datang

Selamat datang kepada sahabat-sahabat yang terjumpa blog Generasi Myst ini. Generasi Myst? Barangkali anda tidak pernah mendengarnya sama sekali. Apa yang cuba diterapkan dalam Generasi Myst ialah masyarakat yang matang dari pelbagai aspek.

Sudah terpampang di hadapan kita betapa sempitnya pemikiran orang-orang Melayu dan sikap mudah percaya mereka terhadap segala yang ditunjukkan kepada mereka. Dengan penubuhan blog ini diharap dapat memberi serba sedikit informasi dan sekaligus merubah cara pemikiran anak-anak Melayu agar bersikap lebih terbuka dan matang.

Moga-moga boleh disebarkan ke rakan-rakan supaya mereka sedar akan kepentingan menjaga legasi Melayu. Andai post-post saya selepas ini bersifat rasis (racism) atau berat sebelah, mohon maafkan saya kerana apa yang bakal dikongsikan adalah perkara-perkara yang barangkali menimbulkan kontrovosi.

Sekian,
Assalamualaikum, WBT.